Selamat tahun baru 2010

Thursday, November 19, 2009



sedang menerima keputusan peperiksaan UPSR drpd guru besar SK Mambau....

Wednesday, November 18, 2009

Syukur- Rajin dan Usaha Tangga Kejayaan

Alhamdulillah.. anak sulung ambo Nurin Fatini akhirnya berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Semua ahli keluarga, lebih-lebih lagi isteri ambo sabgat gembira.. maklum saja anak sulung.. dia akan menjadi bencmark kepada adik-adik yang lain.. boleh dijadikan contoh dan motivasi kepada adik-adik yang lain.. seringkali ambo menasihatinya memang sesuatu kejayaan ttidak datang bergolek.. perlukan usaha dan komitmen yang tinggi barulah dapat berjaya.. kini anok ambo menikmati yang dikatakan nikmat kejayaan.. teruskan usaha di masa depan.

Thursday, November 12, 2009

Campus Life in USM

Merasai kembali kehidupan di kampus setelah 16 tahun lepas ditinggalkan. kenangan sewaktu menjadi budak kampus yang baru mengenal menara gading bermain dalam kotak fikiran. kawan-kawan "freshie" seperti suhaidi, amin, mat ing, omar, terasa ada disekeliling... tapi itu 16 tahun lepas.. semasa itu bergelar mahasiswa.. sekarang bergelar 'mahasitua'.. apa pun yang penting.. aku kembali menjadi budak kampus.. hidup seperti musang... tido siang dan berjaga malam.. oh dunia..